Rahimi bertugas menutup pintu pagar. Jika ada pelajar yang datang lewat, akan dicatat namanya. Rahimi dengan selambanya masuk. Dia ditahan oleh pengawas yang bertugas.
“Kenapa datang lewat?” tanya pengawas.
“Suka hati akulah, kau ingat kau tu siapa?” jawab Rahimi sambil mendengus.
“Aku peduli apa hati kau?! Dah-dah, bagi nama kau?” kata pengawas yang bertugas memberi isyarat untuk menghabiskan perbualan.
“Aku takkan bagi. Kau buatlah apapun,” Rahimi berkata.
Pada masa yang sama, Farhan yang hendak ke kelas mendengar perbualan diantara pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar sekolah. Dia berjalan ke arah mereka seraya berkata, “Tak apa, lepaskan dia,” kata Farhan.
Rahimi melihat Farhan yang bertubuh sederhana kecil, tinggi lebih kurang 6 kaki dan berkaca mata serta berbaju sekolah berwarna biru. Dilihatnya di atas kocek Farhan tertera jawatan, “Ketua Murid”. Dia berjalan masuk.
Setelah berpindah, Rahimi bersekolah di Sekolah Rendah Al-Balad Muslimin (SRABM) di Selangor. Sebelum itu dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sari Pati juga di Selangor.
Semasa rehat, iaitu selepas membeli makanan, dia duduk di sebuah setor yang menghadap ke padang SRABM. Farhan yang dari tadi melihat tindak-tanduk Rahimi mengikutinya. Dibawanya sekali bekal yang dibawanya dari rumah. Rahimi yang melihat Farhan sampai tidak berbuat apa-apa. Hanya menghabiskan makanan yang dikunyahnya.
“Buat apa kau datang sini?” tanya Rahimi.
“Sahaja,” jawab Farhan.
“Baik kau makan dengan kawan-kawan kau yang ramai gila tu”
“Alaa, aku dah banyak kali makan dengan dia orang. Sekali sekala nak juga makan dengan orang lain”
“Apa kau bawa tu?” “Tak ada apa…,” belum sempat Farhan menghabiskan kata-katanya, tangan Rahimi sudah pun menyambar roti bersalut sardin di dalamnya.
“Kau tak beli apa-apa ke?” tanya Farhan.
“Tak,” jawab Rahimi. “Habis tu, kenapa kau beratur tadi?”
“Syyyy…” “Kenapa?”
“Aku nak hisap rokok kejap.”
Dengan pantas Rahimi mengeluarkan sekotak rokok Dunhill. Dia mencapai sebatang rokok, mengeluarkan pemetik api, membakar di puntung rokok dan menghisapnya.
“Kau suka hisap rokok?”
“Mestilah. Dulu masa aku di sekolah lama, aku selalu lepak dengan kawan-kawan aku hisap rokok. Mungkin sampai sekarang ketagih”
“Apa-apa sajalah”
“Kau nak roti itu tak?”
“Tak, ambillah”
“Terima kasih!”
Kriiiiiiinggggggg!
“Loceng dah bunyi tu, jom balik ke kelas”
“Kau pergilah dulu. Esok lepak sini lagi tak?”
“InsyaAllah” Farhan meninggalkan Rahimi untuk balik ke kelas. Dalam perjalanan, dia memasang tekad untuk mengubah Rahimi.
**********************************************************************************
Farhan dijemput oleh pemandunya di SRABM. Dia rasa agak terkilan kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Dia mahu menjalani kehidupan yang sederhana. Walauapapun, bersyukur itu lebih utama baginya. “Huh,” keluh Farhan. “Tuan, kita dah sampai,” kata pemandunya, Pak Ham. “Oh, ya? Terima kasih Pak Cik Ham,” balas Farhan dengan senyuman.
“Assalamualaikum,” kata Farhan sebaik sahaja melangkah ke rumahnya. Dia disambut oleh Che Na, orang gaji di rumahnya dan juga adiknya, Asma’ Atiqah, seorang kanak-kanak comel, periang dan ceria. “Abang dah balik?” tanya Atiqah. “Ya, abang dah balik Smat,” jawab Farhan. Smat adalah nama manja bagi Atiqah. Kalau difikirkannya kenapa dipanggil sebegitu, ianya memang lucu. Sungguh lucu. “Best di tadika tadi, Smat?” tanya Farhan lembut. “Best sangat, cikgu cerita pasal sahabat Nabi yang berubah hanya kerana hikmah yang dtunjukkan oleh Rasulullah. Abang, hikmah tu apa?” cerita Asma’ yang diakhiri dengan persoalan. “Kebijaksanaan,” jawab Farhan ringkas. “Abang-abang, macamana sahabat Nabi boleh berubah sebab itu sahaja?” tanya Asma’ lagi.
“Tanyalah cikgu yang ajar Asma’, dia mesti tahu punyalah,” jawab Farhan sambil menghirup Radix Koko yang dibuat oleh Che Na.
“Abang tahu tak?” soal Asma’ menyentak Farhan. Terbeliak matanya.
“Kenapa tanya macam itu?” Farhan menjawab soalan dengan soalan.
“Saja nak tahu. Entah-entah abang suruh tanya cikgu sebab abang tak tahu,”
“Fuh, mengancam juga budak kecik ni,” bisik hati Farhan.
“Kenapa diam? Tak tahulah itu,” kata Asma’ menyedarkan Farhan daripada terus melayan perasaan.
“Tahulah,” balas Farhan.
“Apa?” satu perkataan, tetapi Farhan tersentak satu kosong saat.
“Adalah. Sebelum itu, Asma’ kenalah fikir sendiri”
“Eleh, tak tahulah itu”
“Tahu”
“Tak”
“Tahu”
“Tak”
“Sudah!” jeritan Che Na menamatkan pertikaman lidah manja diantara Farhan dan Asma’.
“Kami tak bergaduh punlah, Che Na. Gaduh-gaduh manja saja” kata Asma’.
“Mula-mula manja, nanti-nanti gaduh,” kata Che Na. “Farhan, nanti naik atas mandi. Selepas itu, buat kerja sekolah. Dah siap, baru boleh buat benda lain” sambung Che Na.
“Baik, tuan Na!” kata Farhan sambil menabik bagaikan seorang askar.
Farhan naik ke atas lalu masuk ke biliknya yang besarnya lebih kurang lima depa. Dia mencapai tuala dan keluar dari biliknya untuk ke tandas yang berada bersebelahan dengan biliknya.
**********************************************************************************
“Assalamualaikum” sapa Farhan memulakan bicara.
“Waalaikumussalam” salam Farhan disambut dengan senyuman dari Rahimi.
“Dah lama tunggu?” “Jangan kata dah lama, berjanggut kau tahu?”
“Tak, aku tak tahu. Haha”
“Haha. Lawak sangatlah itu”
“Memang pun. Haha”
“Kau bawa apa-apa tak?”
“Tak” “Aku dengar kau gaduh dengan seorang pelajar, betul ke?”
“Ya, mamat itu yang mula cari fasal”
“Kau kenalah sabar”
“Aku? Sabar? Dalam kamus hidup aku, tiada perkataan sabar!”
“Kau tak makan?
” “Tak, aku ingat kau bawa bekal”
“Tak apalah. Petang ini aku nak datang rumah kau boleh?”
“Boleh, datanglah!”
“Aku datang pukul 5.30 boleh?” “Aku on saja”
p/s : serius ni, idea mmg byk mase tulis. haih!
Yang Baru Meninggalkan jejak