Khai nak sekolah lain!

4 10 2010

“Ummi, Khai nak sekolah lain boleh?” tanya Khai. “Nak sekolah mana?” ibunya, Puan Raudhah mengajukan soalan kembali.

“Hmm… maahad tahfiz,”

“Tahfiz mana?”

“Maahad Al-Umar dekat Negeri Sembilan, Badar nak sekolah dekat situ juga”

“Tak payahlah, kamu ni nak sekolah ke nak ikut orang?”

“Tapi… Kalau ada Badar baru best”

“Tak payah, kakak-kakak dan abang-abang kamu semua SMIAT”

“Ya lah, ya lah”

Kisah itu menjengah kembali dalam fikiran Khai.

“Khai! Bola!” satu teriakan yang menyebabkan Khai bangun dengan pantas menunggu objek berbentuk bulat yang di tendang oleh Asyraf. Dia menangkap bola itu dengan kemas.

“Khai! Ana kosong!” Muhammad berteriak. Dengan segera, Khai membaling bola ke arah Muhammad. Mereka meneruskan permainan dengan gembira.

*********************************************************************************************************

“Anta sekolah mana nanti?” tanya Badar. “SMIAT je,” jawab Khai. “Wei, jom lah pergi Al-Umar,” pelawa Badar. “Mak ana tak bagilah. Dia sekolah dekat sini je,” balas Khai. “Lagipun, dia kata dia malas nak jalan jauh-jauh,” tambah Khai lagi.

“Siapa lagi pergi?” tanya Khai.

“Alham, Irsyad…”

“Lagi? Takkan tu je, dulu kata banyak”

“Hizwin kata nak pergi, tapi mak dia tak bagi. Mak dia suruh sekolah MUMTAZ”

“Oh, patutlah macam sikit. Rizan tak pergi?”

“Haa… Rizan. Pergi-pergi”

“Uzail?”

“Tak, mak dia suruh sekolah Thur”

==================================================================================

Dimanakah asrama yang kamu kehendaki apabila kamu masuk ke sekolah menengah pada tingkatan satu tahun hadapan?

Soalan Ujian Aptitud secara tiba-tiba singgah ke dalam fikiran Khai. Dia akui, dia memang berfikir panjang untuk menjawab soalan yang memang jelas sekali gampang bagi murid yang telah memikirkan masa hadapan. Bagi dia, ibubapanya memang sudah menetukan sekolah mana yang akan dimasuki olehnya pada tahun hadapan. Tapi hatinya… hanya Dia yang tahu apa yang dirasakan. Walauapapun, dia tetap menjawab tempat yang diingininya iaitu jauh dari rumah. Jauh.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Nama ana, Khairul Afif bin Firdaus. Ana lahir pada 24 April 1998. Iaitu tarikh yang sama dengan kelahiran Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ana tinggal di Taman Teratai,” kata Khai memperkenalkan diri.

Kini, Khai bersekolah di Sekolah Menengah Islam At-Tarbiyyah. Dia menjalani kehidupan sebagai warga SMIAT tanpa Badar, Uzail, Irsyad, Rizan dan rakan-rakannya yang lain kerana mereka bersekolah di daerah atau negeri lain.

“Khairul, engkau tidak harus bersama dengan mereka selalu. Engkau adalah engkau, dan mereka adalah mereka. Anggaplah ini satu strategi dakwah yang mana mereka yang kuat imannya, teguh imannya, utuh imannya, pergi untuk berdakwah jauh daripada kau. Engkau disini, meneruskan dakwah yang telah mereka tinggalkan. Kerna itu kau disini, menyambung perjuangan mereka. Jika tidak engkau, siapa lagi? Ingatlah jangan engkau biarkan dirimu dibawa arus kemodenan. Pastikan siapa yang engkau ajarkan, mengikut ajaran kau yang menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah itu. Bukan kau yang mengikut telunjuk mereka. Pastikan sahabatku, pastikan. Daku amat berharap engkau dapat meneruskan perjuangan kami. Amat berharap.”

Sahabatmu yang kau sayangi,

.BADAR.

[Ingatan untuk diri sendiri juga =P ]

Haha. Agak lawa karangan diatas.



Actions

Information

One response

28 03 2011
hmm.

bolehlah. kalau nak dibandingkan dengan tak beri peringatan pada diri sendiri.

Leave a comment